Monthly Archives: November 2014
Bidayuh associations urged to help community – BorneoPost Online

Manyin tells Bidayuhs to soar with education – BorneoPost Online

Majlis Penyampaian Sijil Taska dan Tadika Bahasa Warisan (Piramin) Peringkat Daerah Bau Tahun 2014
Majlis Tertinggi DBNA turut menyerikan Majlis Penyampaian Sijil Taska dan Tadika Bahasa Warisan (Piramin) Peringkat Daerah Bau Tahun 2014 pada 23 November 2014 di Dewan Serbaguna Kampung Serasot, Bau yang dirasmikan oleh YB Datuk Peter Nansian Ngusie, Menteri Muda Pembangunan Perindustrian dan Pembangunan Komuniti Sarawak, merangkap ADUN N2 Tasik Biru. Turut hadir ialah Datu Ik Pahon Joyik, Presiden DBNA, Temenggong Austin Dinim Niyon, ahli-ahli Majlis Tertinggi DBNA dan ketua-Ketua kaum. Majlis ini dianjurkan bersama oleh Persatuan Bekas Pelajar (Alumni) SK Serasot (PBPSKS), Bau dengan JK Piramin Kampung Serasot, Bau. Pengerusi Pengelola Majlis ialah En. Misoi Nyilot, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bekas Pelajar (Alumni) SK Serasot.
Dalam ucap utamanya, YB Datuk Peter Nansian Ngusie mencadangkan sebuah Dewan Bahasa Bidayuh (Bidayuh Language Council) diwujudkan untuk memartabatkan Bahasa Bidayuh. Jika dewan ini dapat diwujudkan, beliau berjanji akan menyumbangkan RM100,000 untuk menyokong penubuhannya. Beliau juga berjanji untuk memberi sumbangan sebanyak RM10,000 bagi setiap penubuhan taska atau tadika di kawasan beliau iaitu ADUN N2 Tasik Biru. Majlis diteruskan dengan penyerahan sebuah cek bernilai RM5000 oleh Datuk Peter kepada Presiden Persatuan Bekas Pelajar (Alumni) SK Serasot, Cr. Mattew Jikah Anak Nowek. Selepas upacara penyampaian sijil dan hadiah galakan disempurnakan, para tetamu kehormat dan jemputan dijemput untuk menjamu selera bersama dengan ahli-ahli jawatankuasa kerja majlis.
Adenan earns respect of Bidayuh community – BorneoPost Online

Bidayuh band Madeeh performs in Spain – BorneoPost Online

Nansian: Bidayuhs can now own mountains – BorneoPost Online
