Monthly Archives: February 2016

Projek Bantuan Pembelajaran Berbentuk Buku Kertas Peperiksaan UPSR Format Terbaru 2016 ke Sekolah Rendah Kawasan DUN N.16 Bengoh Dibawah Projek Pendidikan DBNA Penrissen dan BGA

1.0 PENDAHULUAN

Matlamat pendidikan sekolah rendah dan menengah adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu. Matlamat ini diterjemahkan ke dalam objektif setiap mata pelajaran terutama sekali kepada pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR format terbaru 2016 yang menegaskan perkembangan intelek, pemupukan minat membaca, serta penyerapan kemahiran berfikir dan kreaktif.
Cadangan buku kertas peperiksaan ini adalah kerana ia mempunyai ciri ciri terunggul yang dapat berfungsi sebagai bahan pembelajaran yang berkesan untuk pelajar. Penguasaan beberapa asas seperti kemahiran berbahasa, kemahiran mengira, kemahiran belajar, kemahiran berfikir secara kreaktif dan kemahiran sainstifik diberi penekanan.