Monthly Archives: January 2018

Online Support

If you got any question / suggestion / information please do not hesitate to click the Online Button on bottom right of this website directly to chat with us.

After office hour, u may leave your message using the same button and we will try to answer as soon as possible. Leave your contact number if possible thank you.

Lawatan Pengakap ke Kampung Benuk, Penrissen

KUCHING: 22HB DISEMBER 2017(JUMAAT) – BERITA AKTIVITI DBNA PENRISSEN

Program Pendedahan Asas Kegiatan Perkhemahan Unggun Api(Basic Campfire) dan Pengagihan buku-buku bacaan sempena sambutan hari Pra-Christmas oleh Kumpulan Pengakap dari SMJK Kuching High seramai 10 orang, bertempat di Dewan Serbaguna Kpg Benuk.

Program amal ini telah dihadiri oleh Murid-murid Taska Bahasa Warisan Bidayuh DBNA Kampung Benuk serta murid-murid sekolah Rendah St.Paul Kpg Benuk seramai 45 orang, turut hadir ialah AJK Kpg Benuk yang diketuai oleh KK Bundu Suwap dan wakil Pengerusi DBNA Cawangan Penrissen Puan Olivia Sahim, AJK DBNA Penrissen Puan Nipek Suip , Puan Rosline Remis,Pengerusi Taska Encik Baniam serta ibubapa para pelajar.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilangsungkan ialah seperti teknik-teknik asas perkhemahan,permainan, nyayian bersama-sama(sing along/action’s songs)dan pengagihan hadiah brupa buku-buku bacaan.
Kumpulan Pengakap ini juga telah mendermakan sebuah rak buku kepada Taska Bahasa Warisan Bidayuh DBNA Kpg Benuk.