Program “Family Day” DBNA Cawangan Penrissen

Program “Family Day” DBNA Cawangan Penrissen

Tarikh : 18-19 November 2017

Lokasi : The Village Resort,Sematan.

Objektif Program.

  1. Untuk mengeratkan hubungan silatuhrahim/ kekeluargaan di kalangan ahli DBNA Cawangan Penrissen dengan AJK DBNA Cawangan Penrissen.
  2. Untuk meningkat kan kerjasama dan mengekalkan semangat “Team building” di kalangan peserta.
  3. Sebagai salah satu program/aktiviti tahunan DBNA Cawangan Penrissen.
  4. Aktiviti berasas kan riadah dan untuk meningkatkan kesedaran menjada kesihatan dikalangan peserta.

Laporan Penuh Program

Seramai 48 orang Ahli DBNA Cawangan Penrissen iaitu terdiri daripada AJK, Ahli keluarga mereka dan juga ahli Biasa DBNA Cawangan Penrissen telah turut serta menjayakan program “Hari Keluarga DBNA Penrissen 2017”bertempat di The Village,Sematan pada 18 hingga 19 hb November 2017.

Program berkenaan telah dirasmikan oleh Pengerusi DBNA Cawangan Penrissen iaitu Encik Aloysious Kuyong.Turut hadir ialah Penasihat DBNA Cawangan Penrissen iaitu Tn Cr. Paul Akiu Bandat.

Program berkenaan dimulakan dengan ketibaan para peserta di perkarangan “The Village Resort” dan pendaftaran bermula pada jam 12 tengah hari. Selepas itu peserta telah di agih-agihkan mengikut bilik/Chalet masing-masing.Sebanyak 7 buah “Chalet”telah digunakkan oleh Peserta.

Sejurus selepas itu, Ajk Biro Wanita DBNA Penrissen yang di ketuai oleh Puan Phelomena Angie,Puan Nipek Suip dan Puan Rosline Remis, memulakan kerja-kerja memasak untuk makan tengahari manakala para peserta lelaki yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi,Cikgu Gibson Sateh, membuat persediaan untuk penyediaan “sound system” dan acara sukaneka yang akan berlangsung di sebelah petang.

Selepas makan tengahari,peserta di beri kelonggaran untuk melakukan acara bebas seperti berenang ke kolam ataupun berjalan ke pantai berhampiran dan kira-kira jam 3 petang para peserta berkumpul semula di perkarangan “Chalet” untuk acara sukaneka.Untuk acara sukaneka ini sebanyak 6 acara telah disediakan iaitu:-

  1. Membawa bola ping-pong dalam sudu ketegori kanak-kanak

  2. Meniup belon ketegori kanan-kanak

  3. Membawa bola ping-pong dengan mulut terbuka-Lelaki dan wanita

  4. Meniup belon terbuka-lelaki dan Wanita

  5. Mengutip bola ping-pong dengan mata ditutup- berpasangan(Suami Isteri)

  6. Bola sepak pantai Wanita- final- German lwn Brazil-telah dimenangi oleh German 1-0

 

Sedang acara sukaneka rancak dijalankan ,para AJK lelaki yang diketuai oleh Bendahari,Encik Noel Samuel dan timbalan beliau,Encik Alexson Kuye berserta beberapa AJK lain menyediakan makanan BBQ dan set karaoke untuk hiburan para peserta.

Pada Sebelah malam iaitu sekitar jam 8.00 malam ,diadakan acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang acara sukaneka dan perlawanan bolasepak pantai wanita.Keputusan dan nama para pemenang adalah seperti berikut:

Acara membawa bola ping-pong dengan sudu-Kategori Kanak-kanak(bawak 12 tahun)

Johan : Adik Paulas

Naib Johan : Adik Audrey Marissa

Ketiga : Adik Aron

Acara Meniup belon sampai pecah-Kategori Kanak(bawah 12 tahun)

Johan : Adik Glenverie

Naib Johan : Adik Paulas

Ketiga : Adik Audrey Marissa

Acara Membawa Bola Ping-pong dengan sudu di mulut-Kategori Terbuka

Johan : Debra

Naib Johan : Ennabell Sawin

Ketiga : Pelmie

Acara Meniup belon sampai pecah – Kategori Terbuka

Johan : Debra

Naib Johan : Laytin

Ketiga : Khotot

Acara Mengutip bola ping-pong dengan menutup mata-Kategori Berpasangan

Johan : Mr & Mrs Aloysious Kuyong

Naib Johan : Mr & Mrs Alexson Kuye

Ketiga : Mr & Mrs Gibson sateh

Acara Bolasepak Pantai-Kategori Wanita

Keputusan Final German 1 lwn Brazil 0

Ketua pasukan German : Puan Rosline Remis

Sebanyak 5 buah hamper dan barangan elekrik telah di sediakan sebagai hadiah cabutan tiket bertuah kepada peserta yang bertuah pada malam berkenaan.Hadiah utama berupa sebuah periuk Nasi Elektrik Model Toshiba dan beberapa “Table Lamp” sumbangan ANOI Trading.

Program di waktu malam diselang-selikan dengan persembahan lagu-lagu karaoke dan juga cabutan tiket bertuah. Program diserikan lagi dengan celoteh lawak jenaka oleh Encik Dayos, AJK DBNA Penrissen menjadikan suasana amat meriah dan bingit.

Majlis karaoke dan BBQ selesai pada jam 12.30 pagi dan kesemua peserta balik tidur ke bilik masing-masing.

Keesokan paginya, 19hb November 2017, peserta menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak resort dan berjalan-jalan di pantai sambil menikmati pemandangan indah di pantai Sematan.Ada juga peserta yang mengambil peluang untuk mandi manda di kolam renang yang disediakan dan juga mandi air laut.

Paga jam 10.30 pagi, para peserta berkemas dan bersedia untuk balik kerumah masing-masing.Pada jam 11.30 pagi kesemua peserta meninggalkan “The Village.resort”untuk balik ke rumah masing-masing dan dalam perjalanan pulang ada yang singgah di bandar Lundu untuk membeli buah tangan dan sebagainya.

Kesimpulannya

Program sebegini merupakan program yang amat baik di anjurkan pada masa-masa kan datang kerana ianya dapat meningkatkan kesedaran dan semangat setia kawan dikalangan peserta.Ianya juga untuk mengukuhkan hubungan kekitaan dikalangan ahli jawatankuasa DBNA Cawangan Penrissen dan juga mengeratkan hubungan antara ahli keluarga mereka.Dalam Program sebegini,kita dapat bergaul mesra antara satu sama lain dan menghadapi rintangan yang ada juga bersama-sama.

Oleh yang demikian, Ajk DBNA Penrissen bercadang untuk mengadakan majlis sumpama ini pada tahun hadapan dengan persediaan yang lebih rapi dan juga penambahan dalam aturcara pengisian program.