Projek Bantuan Pembelajaran Berbentuk Buku Kertas Peperiksaan UPSR Format Terbaru 2016 ke Sekolah Rendah Kawasan DUN N.16 Bengoh Dibawah Projek Pendidikan DBNA Penrissen dan BGA

1.0 PENDAHULUAN

Matlamat pendidikan sekolah rendah dan menengah adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu. Matlamat ini diterjemahkan ke dalam objektif setiap mata pelajaran terutama sekali kepada pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR format terbaru 2016 yang menegaskan perkembangan intelek, pemupukan minat membaca, serta penyerapan kemahiran berfikir dan kreaktif.
Cadangan buku kertas peperiksaan ini adalah kerana ia mempunyai ciri ciri terunggul yang dapat berfungsi sebagai bahan pembelajaran yang berkesan untuk pelajar. Penguasaan beberapa asas seperti kemahiran berbahasa, kemahiran mengira, kemahiran belajar, kemahiran berfikir secara kreaktif dan kemahiran sainstifik diberi penekanan.

Memfokuskan dan mempersiapkan pelajar dengan soalan soalan penting yang selaras dengan keperluan soalan soalan peperiksaan sebenar format terbaru 2016.
Subjek berkaitan nilai-nilai moral dan agama tidak ketinggalan ditekankan, kerana sesungguhnya insan yang sempurna adalah insan yang berilmu serta berpekerti mulia.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Melaksanakan dan melengkapkan prestasi pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR yang terancang dalam membantu meningkat sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
2.2 Membantu pelajar merangsang minda serta mengingat dan menguasai soalan soalan
2.3 Memberi input-input yang senang difahami dan mengingkatkan soalan-soalan penting dan mengikut piawaian peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang ditetapkan. Oleh itu, prosess buku kertas peperiksaan ini menjadi lebih seronok dan mudah kerana soalan-soalan yang mencabar memainkan peranan yang penting dalam tips menjawap soalan.
2.4 Mengeratkan hubungan mersa dan pengkongsian pengetahuan serta idea antara guru-guru dan pelajar-pelajar.
2.5 Merupakan salah satu program/aktiviti bagi DBNA Cawangan Penrissen bagi tahun 2016.
2.6 Mengeratkan kerjasama antara para pendidik serta DBNA/BGA dalam meningkatkan keputusan cemerlang dikalangan pelajar
2.7 Memberi persiapan pelajar sebagai satu kertas peperiksaan tambahan untuk pengayaan dan pengukuran serta latihan kerja rumah terutama sekali dengan format terbaru 2016.
2.8 Dapat memberi galakkan kepada pelajar untuk terus berusaha mendapat keputusan yang cemerlang.
2.9 Dapat membantu guru-guru sebagai bahan bantu mengajar.
2.10 Menjimatkan masa dan efektif untuk tujuan ulangkaji kepada pelajar.
2.11. Satu projek jangka panjang yang boleh digunapakai untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang belajar di kawasan DUN N.16 Bengoh dibawah projek pendidikan DBNA PENRISSEN dan BGA.
2.12. Buku kertas peperiksaan yang lebih kondusif untuk sekolah-sekolah seperti latihan-
latihan peperiksaan penerapan konsep budaya keilmuan dan juga mencapai prestasi akademik serta UPSR yang meningkat.
2.13. Buku kertas peperiksaan ini boleh menjadi sebagai contoh kepada pelajar dengan menerangkan teknik-teknik asas yang cemerlang dan berguna. Oleh itu, buku kertas peperiksaan ini boleh memberi panduan untuk menjawap lebih tepat dan baik.
2.14. Menolong kebanyakan pelajar tidak kemampuan (terutama sekali pelajar bumiputra) untuk membeli buku kertas peperiksaan dan buku kertas peperiksaan yang berformat terbaru 2016 sangat berguna untuk pelajar mencapai keputusan yang cemerlang.
.
3.0. KESIMPULAN
Kesimpulannya,projek ini banyak memeberi manafaat kepada golongan pendidik dan para pelajar dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pepbelajaran
Kos untuk melaksanakan projek ini agak tinggi dan peruntukan sekolah amat terhad.
Justeru, dengan sukacitanya kami memohon sumbangan tulus iklas daripada Yang Berhormat. Datuk Dr.Jerip Susil, Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak merangkap ADUN N.16 Bengoh dibawah projek Pendidikan DBNA dan BGA dengan membeli buku kertas peperiksaan UPSR format terbaru 2016 ini untuk memperoleh manfaat sepenuhnya demi kejayaan kecemerlangan pelajar/anak-anak kita.