Program motivasi bagi SMK Tebekang dan SMK Tebedu

Activities

Majlis penangguhan bagi Program Pemantapan Akademik SPM SMK Tebedu dan SMK.Tebakang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Michael Manyin Anak Jawong, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Negeri Sarawak, yang juga merangkap penasihat DBNA dan BGA, pada Sabtu 27 September 2014 di Dewan SMK Tebedu Serian. Program ini melibatkan 3 orang penceramah dan 406 orang pelajar Tingkatan 5 dari dua buah sekolah. Antara objektif program motivasi ini ialah untuk meningkatkan kesungguhan murid dalam menimba ilmu pengetahuan, memberi pendedahan dan pengetahuan kepada calon calon SPM teknik teknik menjawab soalan dengan betul, menanamkan rasa cinta dan minat dalam diri pelajar terhadap akademik dan memberi fokus sepenuhnya kepada peperiksaan SPM. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan kerjasama pintar sekolah dengan organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam meningkatkan pencapaian prestasi akademik pelajar. Program ini adalah anjuran bersama SBGA, DBNA dan SMK Tebedu dan SMK Tebakang. Antara yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Bangawi Surey – Pengetua SMK Tebedu, Encik Carter Balang – Pengetua SMK Tebakang, Profesor Madya Dr. Ahi Sarok – Presiden BGA, Encik Milon Sayeng – Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Serian dan Pimanca Henry Bujang Sadok.