Program Pemantapan SPM DBNA-BGA ke arah Kecemerlangan Pendidikan kaum Bidayuh

Pada 17 Oktober 2015, satu program pemantapan SPM telah dilaksanakan oleh Bidayuh Graduate Association (BGA) dan Dayak Bidayuh National Association (DBNA) di Dewan Mesra, SMK Penrissen No.1, yang melibatkan seramai 120 pelajar anak Bidayuh dalam Tingkatan 5. Program ini juga melihat usaha kolaborasi penganjur dengan beberapa pihak lain seperti Pejabat Pendidikan Daerah Padawan, Persatuan Ibu Bapa sekolah berkenaan dan DBNA Cawangan Penrissen. Melalui program ini BGA berharap akan dapat membantu membantu dalam persediaan dan persiapan awal pelajar-pelajar Bidayuh yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun 2015. Majlis upacara penutupan rasmi program tersebut disempurnakan oleh Datu Ik Pahon Joyik, Presiden DBNA Sarawak, serta disaksikan oleh Profesor Madya Dr. Ahi Sarok, Presiden BGA Sarawak, Aloysious Kuyong, Pengerusi DBNA Cawangan Penrissen dan William Peter Nojey, Pengerusi Pengelola merangkap wakil Pengetua SMK Penrissen No. 1.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Dr Kismet Anak Hong Ping, Penyelaras Program merangkap Timbalan Presiden BGA Sarawak, Dr. Clarence Jerry, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan BGA-DBNA, Paul Akiu Bandat, YDP Persatuan Ibu Bapa SMK Penrissen No.1, ahli-ahli EXCO BGA dan para guru berbangsa Bidayuh dari sekolah tersebut. Dalam ucapan penutupannya, Ik Pahon menekan kepentingan pendidikan yang akan menjaminkan masa depan generasi muda. Beliau berharap program seumpama ini dapat membantu menyemarakkan keyakinan dan semangat berjuang pelajar untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM, khususnya di kalangan anak kaum Bidayuh.  Fasilitator utama program ini ialah Dr. Kismet Ak Hong Ping dan Dr. Dency F. Gawin, kedua-dua adalah pensyarah dari UNIMAS.

Open chat