DBNA BOWLING CHALLENGE 2022

Uncategorized
Dayak Bidayuh National Association telah menganjurkan Pertandingan Bowling Challenge 2022 “Piala YB John Ilus” pada 22.10.2022 di Emart Megalanes, Sarawak.

Pertandingan ini diadakan dalam dua kategori iaitu; Kategori Open di kalangan Jabatan dan Agensi dan juga Kategori Interbranch di kalangan cawangan DBNA.

Seramai 100 peserta dan 14 cawangan DBNA termasuk ADUN N.23 Bukit Semuja bertanding untuk mendapatkan Piala YB John Ilus dan telah dimenangi oleh DBNA Penrissen pada tahun 2022 ini.

Pertandingan ini dimulakan pada tahun 2018 dengan objektif untuk memupuk semangat kesukanan, perpaduan dan mengeratkan silaturahim di antara cawangan DBNA yang terletak di seluruh Sarawak dan juga untuk mencungkil bakat pemain bowling di kalangan ahli.

DBNA juga telah menerima sumbangan cek berjumlah RM5,000.00 daripada YB John Ilus, ADUN N.23 Bukit Semuja untuk penganjuran aktiviti belia dan sukan.

DBNA ingin mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan dan juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk pelancaran program.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta di atas kerjasama yang diberikan.
Tahniah kepada semua pemenang dan diharap akan berjumpa lagi di aktiviti yang seterusnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *