Padawan, 16 November 2024 – Seramai 18 individu pemilik lot tradisi Kampung Bengoh Rais menerima sijil dokumentasi DBNA penyukatan tanah adat yang disampaikan oleh YB Datuk Dr. Jerip Susil, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara & Jalan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N19 Mambong, turut diiringi YBhg. Datu Ik Pahon Joyik, Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh Sarawak (DBNA) merangkap Pegawai Tadbir Khas Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA).
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tuan SAO Julius Scott Sapong, Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Padawan; Dr. Charlie Ungang, Timbalan Presiden DBNA; Pemanca Raymond Jihap, Pemanca Bidayuh Daerah Kuching; Penghulu Tora Joseng, Penghulu Bidayuh Kawasan Braang Bengoh; serta barisan Ketua Kaum dan Exco DBNA Pusat.
Majlis ini mencerminkan komitmen DBNA dan pihak kerajaan dalam memperkasakan masyarakat Bidayuh melalui usaha mendokumentasikan tanah NCR serta pembangunan kawasan secara holistik.