Majlis Penyampaian Sijil Dokumentasi DBNA Lot Tradisi Kampung Bengoh Rais

Uncategorized
Kampung Bengoh Rais, Padawan, 16 November 2024 – Majlis Penyampaian Sijil Dokumentasi DBNA Lot Tradisi Kampung Bengoh Rais telah dirasmikan dan diserahkan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Jerip Susil, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Darat dan Udara) merangkap ADUN N19 Mambong.
Yang Berhormat juga disertai oleh Yang Berbahagia Datu Ik Pahon, Presiden DBNA, Dr Charlie Ungang, Timbalan Presiden DBNA merangkap Pengerusi Dokumentasi Tanah NCR DBNA, Encik Julius Scott Sapong, Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Padawan, Pemanca Raymond Jihap, Penghulu-penghulu, dan orang kampung.
Seramai 30 pemilik lot daripada Kampung Bengoh Rais telah menerima dokumen lot tradisi.
Tahniah diucapkan ! ✨

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *